Police Reform Webinar

Sesi Taklimat #SafeguardOurFuture: “Penambahbaikan Pasukan Polis: Langkah Ke Hadapan” – Dafter Sekarang!

Polis adalah pasukan keselamatan yang memainkan peranan penting untuk melindungi orang awam dan menjaga ketenteraman awam dalam komuniti kita. Namun, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengalami defisit kepercayaan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Pada tahun 2005, Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dipengerusikan Tun Dzaiddin telah mencadangkan 125 cadangan untuk penambahbaikan dan modenisasi PDRM. Selepas 16 tahun, beberapa cadangan tersebut masih relevan. Jadi, apakah langkah seterusnya untuk pembaharuan pasukan polis Malaysia? Bagaimana perkhidmatan dan pengurusan PDRM boleh diperluaskan supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan baik disamping mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap institusi polis di Malaysia?

Kami mengadakan sesi ini sebagai persiapan untuk mereka yang berminat untuk menyertai Koleksi Esei Hari #Safeguardourfuture Malaysia, untuk memberi anda peluang untuk menampilkan sebarang pertanyaan. Kami sangat berbesar hati kerana dapat menjemput seorang penceramah terhormat, En Syahredzan yang merupakan seorang peguam hak asasi manusia dan aktivis politik yang amat berpengalaman.

Tarikh: 18 Ogos 2021 (Rabu)
Masa: 3 petang
Pengucap: En Syahredzan bin Johan (Peguam hak asasi manusia dan aktivis politik)
Platform: Zoom (Link akan dihantar melalui email selepas pendaftaran)

Sila daftar di sini: https://bit.ly/PertiwiBrief2

Sesi ini dirancang untuk mereka yang berumur antara 16-30 tahun yang merancang untuk menghantar artikel kepada Projek Pertiwi. Namun, jika anda belum membuat keputusan ataupun sekadar berminat untuk tahu selanjutnya, anda tetap dialu-alukan untuk menyertai kami.

Sesi ini akan diadakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Maklumat selanjut tentang Koleksi Esei Hari Malaysia di sini.

0 comments on “Sesi Taklimat #SafeguardOurFuture: “Penambahbaikan Pasukan Polis: Langkah Ke Hadapan” – Dafter Sekarang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: