Featured

Koleksi Esei Hari Malaysia #SafeguardOurFuture: Hantar Penyertaan Anda!

Bagaimana anda melihat masa depan pertahanan dan  keselamatan di Malaysia? Walau pun Malaysia dikurniakan keamanan sejak 30 tahun yang lalu, kita masih berhadapan dengan beberapa cabaran keselamatan sehingga hari ini. Dengan perkembangan trend geopolitik, perubahan demografi dan kemajuan teknologi baharu, telah mewujudkan ancaman keselamatan dalam bentuk baharu. Apa yang kita perlu lakukan sekarang bagi mempertahankan negara dalam tempoh jangka panjang? 

Sempena Hari Malaysia dan Hari Angkatan Tentera pada 16 September, Projek Pertiwi ingin mengajak warganegara Malaysia berusia antara 16 – 30 tahun untuk menghantar artikel yang membincangkan pandangan mengenai pertahanan dan keselamatan Malaysia. Kongsi pandangan anda bersama kami!

Kami mencari artikel dimana anda sebagai penulis, dalam menyampaikan visi anda mengenai masa depan keselamatan negara berdasarkan perspektif generasi muda Malaysia. Penulis perlu mempamerkan kefahaman yang mendalam mengenai cabaran terkini yang dihadapi sektor pertahanan dan keselamatan Malaysia dan mampu memberi cadangan yang konstruktif. Keupayaan untuk menghubungkan pengalaman dan jalan cerita anda akan memberi nilai tambah kepada kami.

Peserta bebas memilih topik yang telah ditetapkan. Namun, penganggur menggalakkan peserta menjawab sekurang-kurangnya satu soalan yang disenaraikan di sini. Jika peserta tidak pasti dan mahu melontarkan idea terlebih dahulu, sila hubungi kami dan pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda. 

Syarat penyertaan 

  • Peserta adalah warganegara Malaysia berusia antara 16 – 30 tahun
  • Tulisan yang dihantar antara 1,000-1,500 patah perkataan, tidak termasuk topik, tajuk, dan rujukan. Peserta boleh menghantar tulisan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. 
  • Tarikh tutup penghantaran adalah 5 September 2021.
  • Sila hantar artikel di  [email protected] disertakan dengan CV, satu perenggan ringkas mengenai latar belakang  dan resolusi gambar hi-res penulis. 

Projek Pertiwi berhak untuk menolak penyertaan yang tidak menepati kriteria yang ditetapkan. Artikel yang diterima akan disunting bagi memenuhi kriteria ditetapkan editor dengan kebenaran penulis. Untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah penulisan di Projek Pertiwi, boleh rujuk garis panduan penulis yang telah kami sediakan.

Selamat berjaya!

0 comments on “Koleksi Esei Hari Malaysia #SafeguardOurFuture: Hantar Penyertaan Anda!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: