Police Reform Uncategorized

Beri kuasa kepada parlimen dalam pelantikan pegawai atasan polis

Photo by Lens Hitam

Dalam ucapan terakhirnya, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Hamid Bador telah membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa Menteri Dalam Negeri, Dato’ Sri Hamzah Zainuddin yang telah campur tangan dalam pengurusan pasukan polis.  

Walaupun kita tidak mengetahui isu dalaman yang berlaku dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak dapat mengesahkan kenyataan tersebut, namun agak janggal melihat KPN melakukan pendedahan serius dan dakwaan ke atas individu. Atas faktor ini, kenyataan beliau tidak harus dipinggirkan. Malah, terdapat sebuah rakaman audio yang mendakwa menteri mengatur untuk melantik individu rapat dengannya (‘our boy’) untuk menyandang jawatan penting.  

Isu ini telah menunjukkan kepada kita beberapa perkara yang perlu diteliti semula mengenai tadbir urus pasukan polis, khususnya pelantikan pegawai atasan polis. Bagaimana kita dapat memastikan prinsip semak dan imbang dalam proses penting ini?

KPN telah menyebut tentang Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri. SPP ditubuhkan dibawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan. Ia dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri sebagai pengerusi, KPN, Ketua Setiausaha Negara, dan seorang wakil daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), dan dua hingga enam orang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA). 

SPP bertanggungjawab melantik dan menetapkan syarat kelayakan kenaikan pangkat dan perpindahan pegawai atasan pasukan polis. Perlu dijelaskan juga, ahli yang dilantik oleh YDPA, dan anggota lain dilantik atas kapasiti seorang pegawai, bukan individu, yang juga bermaksud Menteri akan menjadi pengerusi sewaktu menjawat jawatan tersebut. 

Meskipun Menteri berhak untuk menjalankan kuasanya sebagai seorang pengerusi SPP, jelas sekali bahawa pengurusan SPP tidak telus dan pendedahan rakaman audio telah menunjukkan adanya sikap pilih kasih dan konflik berkepentingan menteri sendiri.  Tidak berlakunya proses semak dan imbang terhadap kuasa yang diberikan kepada segelintir pihak. Walau pun pelantikan pegawai atasan polis secara teknikalnya dibawah prerogatif YDPA, namun amalan YDPA dalam melaksanakan bidang kuasanya melalui SPP dan membuat lantikan atas nasihat SPP itu sendiri.  

Sudah tiba masanya kita harus memikirkan isu ini secara tuntas. Pemilihan pegawai atasan pasukan polis memberi impak yang signifikan kepada keselamatan negara yang akhirnya memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat Malaysia.  

Parlimen harus diberi peranan dalam perkara ini. Jawatankuasa Pilihan Khas secara dwipartisan mengenai Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri perlu mendapat penerangan setiap kali pelantikan pegawai polis dalam gred tertentu dilakukan, iaitu sebelum pelantikan tersebut diserahkan kepada YDPA dan mendapatkan pekenannya. Dengan adanya pendekatan ini, ia memberi ruang kepada ahli parlimen yang bertanggungjawab kepada orang awam untuk membahaskan perkara ini, Kaedah ini akan mengurangkan pemusatan kuasa di tangan anggota SPP. 

Kini, parlimen tidak diberikan kuasa dalam mempertimbangkan isu ini, lebih-lebih lagi apabila deklarasi darurat telah menggantung persidangan parlimen. Walau bagaimanapun, kita perlu membincangkan usaha menambahbaik sektor keselamatan dan memperkasakan pendekatan pemantauan secara serius agar ia boleh memberi perkhidmatan terbaik buat negara dan rakyat. 

0 comments on “Beri kuasa kepada parlimen dalam pelantikan pegawai atasan polis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: